Thursday 10 March 2016

MUKHRIZ ANAK MADEY KUTTY - PERDANA MENTERI !!?

Mukhriz Madey Kutty Perdana Menteri sebelum atau pada 2020. Itu wawasan 2020 yang diimpikan Madey Kutty. Sudah lama Madey mengatur perancangan ini, untuk menjadikan Mukhriz anak manjanya sebagain PM 2020, Legasi Madey Kutty.

Perancangan awal Madey Kutty, menyerahkan kuasanya kepada Pak Lah pada November 2003. Mukhriz akan menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada tahun seterusnya. Pada 2009, Mukhriz akan menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Pada 2013 pula, Mukhriz akan menjadi salah seorang daropada Naib Presiden UMNO Malaysia. Dan pada tahun 2016 ( yang kini ditangguhkan kepada 2018 ) Mukhriz akqn menjadi Timbalan Presiden UMNO. Menjelang tahun 2020, Mukhriz akan menjadi Presiden UMNO Malaysia dan dalam gerak langkah yang sama akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Ini adalah legasi Madey Kutty yang sebenarnya dan itulah Wawasan 2020 Madet yang sebenar. Apabila Tun Musa Hitam menyatakan bahawa Wawasan Madey Kutty akan gagal, beliau merujuk kepada Mukhriz yang tidak akan menjadi Perdana Menteri sebelum atau menjelang tahun 2020 seperti yang dirancang Madey Kutty.

Abdullah dan Najib tidak menjadikan perkara itu berlaku. Maka Pak Lah perlupergi, sekarang tiba giliran Najib. Sekiranya Najib telah dibuang pada tahun lepas seperti perancangan, Perdana Menteri proksi Madet mampu merealisasikan 'Projek Mukhriz'.

No comments:

Post a Comment