Sunday 6 March 2016

AGAMA DAN MAINAN POLITIK

Jika peranan golongan agama itu sekadar untuk meng'iyakan kesalahan penguasa ataupun mrncari dalil untuk menjustifikasikn tindakan mereka yang tidak jujur terhadap rakyat, pastinya agama dalam rupa yang demikian satu musibah, bukan satu rahmat untuk manusia. Bahkan iti akan hanya membenarkan kenyataan Karl Marx bahawa agama merupakan candu masyarakat. Segala penindasan dan penyelewengan dihalalkan atas nama Tuhan, sedangkan Tuhan yang sebenar Maha Suci dari itu semua.

Dalam negara maju yang tinggi intergrati, tiada paderi ataupun sheikh ataupun mufti yang sering muncul sepentas dengan penguasa. Namun, ketelusan dan untergriti mereka itu bamyak yang memenuhi maksud amanah dan urus tadbir yang baik yang Tuhan kehendaki dari seorang penguasa.

Sementara, dalm Dunia Umat Islam, golongan agam kelihatan sering beriringan dengan penguasa. Bahkan penguasa sendiri kadang-kala memakai pakaian agama dan berbahasa drngan bahasa agama. Semuanya bagi menggambarkan bahawa keredhaan Tuhan sentiasa bersama mereka. Malangnya, indeks rasuah, demikian juga urus tadbir yang baik Dunia Umat Islam berada diparas yang mengecewakan. Padahal, Islam melaknat perasuah dan memerintahkan urustadbir yang baik.

Maka, jangan hairan jika tetdapat umay Islam ynh hilng keyakinan terhadap agamanya. Ini kerana golongan agama sendiri ada yang telah menjadikan agama bagaikan candu yang mengkhayalkan rakyat dari nilai yang sebenar. Kadang-kala,memisah agama dari politik supaya nama Tuhan tidak menjafi mainan ahli poliyik, itu lebih baik dari kononnya berpolitik drngan nama agama sehingga nama Tuhan menjadi mainan para penguasa.

No comments:

Post a Comment